Sunday, May 26, 2013
End of 2nd Sem
I am freedom! Should i be happy? Well , lepas habis final exam dapat cuti 2 minggu saing dengan cuti sekolah . Hmm lepastu naik je sekolah mula dah 3rd sem . PBS menantiku . Haishhh nak buat macam mana dah MPM tetapkan ada PBS . Akur je lah . Tapi PBS nie memang banyak membantu sebab kitaorang ada buat projek proposal dan Viva. Ting 6 lagi dah ada Viva . Hebat! Nanti bila dah masuk U , senang dah nak buat Viva sebab dah ada basic . Alhamdulillah final exam baru-baru nie boleh buat . Harap pointer sem 2 nie naik! Now tengah cuti 2 minggu , let's have fun before semester 3 (Y)
The journey of life
Lepas je habis SPM, aku fikir ke mana halatuju aku lepasni. Waktu tu aku tengah nak isi borang UPU. First, aku apply UiTM. Macam-macam course yang aku pilih. Waktu tu intake bulan 6 kalau tak silap. Hmm tapi frust jugak lah sebab aku tak dapat mana-mana tempat kat UiTM. Padahal kelayakan aku untuk course tu memang layak. Takpelah bukan rezeki aku. Lepastu, aku pun buat keputusan nak masuk ting 6 sementara tunggu intake bulan 9. Dalam masa yang sama, aku ada apply politeknik. Course yang aku apply tourism dan bussiness management. Aku diterima masuk ke Politeknik Sabak Bernam dan aku dapat course pilihan pertama aku iaitu tourism management. Tapi, waktu tu aku rasa berbelah bahagi sama ada nak teruskan ting 6 atau masuk Politeknik. Aku pun bincang dengan cikgu ting 6, dan mereka nasihat supaya aku teruskan ting 6. Mungkin ada hikmah di sebalik ni semua. Alhamdulillah, aku teruskan perjuanganku dalam ting 6 sampai harini. Ting 6 sekarang nie dah tak macam dulu dah, tempoh belajar selama 1 tahun setengah je. Banyak kelebihan masuk ting 6 nie antaranya, jimat kos, boleh duduk dengan family, belajar pun sempoi je, tempoh belajar singkat lepastu boleh terus ke degree, sijil stpm sangat laku jika dibandingkan dengan sijil-sijil lain dan sebagainya... Memang masuk ting 6 nie best! Kita masuk ting 6 nie, niat nak belajar. Jangan hirau kata-kata orang lain yang ting 6 nie tak best lah, macam budak sekolah lah..Tu semua tak penting. Apa yang penting niat belajar dan InshaAllah dengan masuk ting 6 aku dapat course yang hebat masa degree nanti. Sekian ~
Subscribe to:
Posts (Atom)