Hi everyone! Ok study week makin hampir, dapat cuti seminggu! Lepastu naik je dari cuti terus FINAL EXAM! After that, cuti dalam 2 bulan lebih camtu. Dalam kepala ni dah set nak buat macam-macam masa cuti nanti. Nak relax sepuas-puasnya cuti ni hihihi. I'm going to Sabah! Jalan-jalan ambik angin, teroka benda baru. Or maybe sambung lesen motor kot. Or kerja ke. Hmm tengok flow dia macam mana nanti :D
Saturday, December 13, 2014
Sunday, November 16, 2014
Student Life Comes Back!!
Hi Assalamualaikum semua, terasa lama tak update blog ni. Maklumlah, bila dah jadi student ni masa nk blog kena kurangkan sikit. Facebook dan instagram pun dah jarang bukak. Ok so life as a degree student memang mencabar and bagi aku ia lebih stress berbanding zaman STPM dulu. Hahaha zaman form 6 dulu boleh jadi kanak-kanak ribena, tapi sekarang kena jadi matured sikit. Coursemate dalam kelas pun umur berlainan, paling tua umur 25 tahun, dan paling muda 19 tahun. Bagi aku course yang aku ambil sekarang ni boleh tahan susah even ramai yang kata 'senang'. Tapi tulah, dalam dunia ni takde apa yang senang. Yang penting belajar je :)
First time duduk asrama memang rasa lain sangat-sangat. Walaupun rumah dekat dengan Uitm tapi hari pertama aku dah nangis duduk sini. Mungkin tak biasa lagi kot :p Tapi sekarang ni aku dah boleh adapt dengan suasana sini. Satu bilik 2 orang memang sunyi sangat-sangat. Roomate aku budak sains gunaan. Jadi masa kuliah kita pun lain-lain waktu, terpaksa lah duduk sorang dalam bilik. Tapi aku selalu je lepak bilik kawan lain :D
Kawan-kawan sekuliah setakat ni dengan aku semua ok. Cuma, aku agak pelik kat beberapa orang budak kelas yang selalu bergaduh antara mereka oleh kerana benda yang remeh temeh. Hello guys, korang dah degree kot cuba lah jadi matang sikit! Tapi aku malas nak bersuara lebih-lebih, takut ada yang tak suka.
Last but not least, kawan-kawan zaman sekolah still the best!! Takpelah tunggu cuti sem nanti kita hangout sama-sama. Nak lepas rindu kat semua! Yeahhh!!!
Sunday, June 1, 2014
Sunday, May 4, 2014
Cinta Sesungguhnya
p/s: Already fall in love with this song. Really touching and romantic. Lagu ni dah set dalam list lagu wedding nanti (calon pun belum ada lagi sebenarnya huhuhu). Dah kahwin nanti nak suami nyanyikan lagu ni hehehe :p
Friday, March 28, 2014
Cuti
Ohhh dah lama rasanya tak update blog ni, sunyi sepi entah ada orang baca ke tak blog ni hahaha. Baru-baru ni result STPM dah keluar. And the result was OK, alhamdulillah! :)))))) Borang UPU pun dah isi, lepasni doa banyak-banyak dapat Univ. Hmm berbalik kepada tajuk, aku cuti 9 bulan sementara tunggu intake degree tapi sekarang tinggal 6 bulan je kot. Sekejap je rasanya, enjoyy dulu cuti panjang ni. InshaAllah plan nk ikut kelas BI or nak ambik lesen motor! Ni kalau dapat Univ yg dekat dengan rumah better bawak motor je lah, senang sikit nak cilok and cepat. Alaaa ni baru ambik lesen B2, belum lagi lesen B. Tengok lah nanti dah kahwin ke dah kerja baru ambik B kot, dapat pulak suami yg sama minat, boleh support wife dia sikit hehehe.
p/s: Esok (30/3/2014) F1 race dayy. Sedihnya aku tak dapat pergi. Lagi sedih MotoGP buat bulan Oct, time tu dah masuk Univ. Kalau sempat maybe pergi, kalau tak bye2 je lah hmm.
Subscribe to:
Posts (Atom)