Hi Assalamualaikum semua, terasa lama tak update blog ni. Maklumlah, bila dah jadi student ni masa nk blog kena kurangkan sikit. Facebook dan instagram pun dah jarang bukak. Ok so life as a degree student memang mencabar and bagi aku ia lebih stress berbanding zaman STPM dulu. Hahaha zaman form 6 dulu boleh jadi kanak-kanak ribena, tapi sekarang kena jadi matured sikit. Coursemate dalam kelas pun umur berlainan, paling tua umur 25 tahun, dan paling muda 19 tahun. Bagi aku course yang aku ambil sekarang ni boleh tahan susah even ramai yang kata 'senang'. Tapi tulah, dalam dunia ni takde apa yang senang. Yang penting belajar je :)
First time duduk asrama memang rasa lain sangat-sangat. Walaupun rumah dekat dengan Uitm tapi hari pertama aku dah nangis duduk sini. Mungkin tak biasa lagi kot :p Tapi sekarang ni aku dah boleh adapt dengan suasana sini. Satu bilik 2 orang memang sunyi sangat-sangat. Roomate aku budak sains gunaan. Jadi masa kuliah kita pun lain-lain waktu, terpaksa lah duduk sorang dalam bilik. Tapi aku selalu je lepak bilik kawan lain :D
Kawan-kawan sekuliah setakat ni dengan aku semua ok. Cuma, aku agak pelik kat beberapa orang budak kelas yang selalu bergaduh antara mereka oleh kerana benda yang remeh temeh. Hello guys, korang dah degree kot cuba lah jadi matang sikit! Tapi aku malas nak bersuara lebih-lebih, takut ada yang tak suka.
Last but not least, kawan-kawan zaman sekolah still the best!! Takpelah tunggu cuti sem nanti kita hangout sama-sama. Nak lepas rindu kat semua! Yeahhh!!!