Alhamdulillah dah genap 6 bulan pakai braces dan aku puas hati dengan pencapaian gigi aku setakat ni. Banyak perubahan yang kita boleh nampak! Serious! Boleh buat comparison between the old teeth and the current one. Sejak dah pakai braces ni ramai tanya soalan-soalan yang aku dah biasa dengar. Antaranya, sakit ke tidak pakai braces ni? Berapa bayaran dia? Kena cabut berapa gigi etc. Okay meh aku cerita sikit pasal braces ni :)
First, kena ikut niat kita. Kalau rasa nak pakai braces just for fun & nak cantik or ikut trend memang sia-sia & buat habis duit parent je sebab kos nak pakai braces ni mahal melainkan kalau pakai under kerajaan tu memang murah. Kalau pakai kat swasta sampai cecah ribu so before nak pakai kena fikir masak-masak dulu okayy girls. Btw, i pakai under swasta punya :)
Next, pilih klinik gigi yang dekat dengan rumah sebab nanti bila kita dah pakai braces senang nak jumpa doktor kalau ada apa-apa berlaku, every month you kena jumpa dengan doktor gigi for follow up. Jangan sesekali tak datang appointment sebab nanti dia akan drag tempoh pemakaian braces tu. Kalau kita selalu follow up dengan doktor, lagi mudah & cepat untuk kita buka braces. Biasanya tempoh pemakaian braces ni ambil masa dalam 3 tahun tapi depends jugak dekat gigi kita berapa lama tempoh dia.
Bila dah pilih klinik yang betul-betul berkenan, maka bolehlah proceed terus dengan klinik tu. Aku pilih Klinik Pergigian Zahida di Seksyen 8 Shah Alam sebab dekat dengan rumah. Klinik ni antara yang paling famous di Shah Alam sebab servis dia memang bagus dan ramai customer datang buat braces dekat sini. Cas untuk rawatan ortodontik dekat sini dalam lingkungan RM 4k hingga RM 5k atau lebih untuk kes-kes yang lebih rumit.
Step 1: Sebelum pemasangan braces kita kena cuci gigi, tampal etc dan betulkan mana yang patut dahulu okay :)
Step 2: Lepas dah cuci gigi kita kena buat X-Tray atau dipanggil Radiograf kerana melalui X-Tray ni doktor boleh tahu mana gigi yang patut dicabut & dibetulkan.
Step 3: Bila dah ada X-Tray kita kena teruskan dengan membuat acuan gigi sebab nanti bila dah buka braces, we have to wear retainer untuk kekalkan kedudukan gigi supaya dia tidak kembali seperti dahulu. Acuan gigi ni juga dijadikan study model oleh doktor gigi. Hmm masa buat acuan gigi tu memang rasa macam nak tercabut semua gigi iolsss! Waktu tu dah memang pasrah kalau ada gigi yang tercabut masa dia nak tarik acuan tu. Siapa yang pakai braces dia tahu lah sakit dia macam mana.
Step 4: Teruskan follow up dengan doktor untuk next appointment. Biasanya doktor akan tentukan berapa gigi untuk dicabut bergantung kepada keadaan gigi seseorang. Kalau macam kes aku, tak kena cabut walau satu gigi pun sebabnya gigi aku ni dah memang jarak & ada space. Jadi yang mana kena cabut 2, 4 batang gigi atau lebih tu maknanya doktor nak bagi ada space supaya gigi tu ada ruang untuk bergerak. Siapa je tak takut kalau kena cabut 4 batang gigi!
Step 5: Masa nak pakai braces tu nanti kita boleh pilih warna getah apa yang kita nak. Tapi mostly aku selalu pilih warna pink & blue sebab cantik! Ikut korang lah nak pilih warna apa janji gigi kita nampak cantik gituuu!
Lepas dah pakai braces ni gigi kita akan mula rasa sakit sebab maybe gusi dah bergerak sikit & gigi kita tengah nak adapt dengan besi-besi tu. Seminggu jugak lah aku makan bubur dengan air kosong je sebab gigi masih sakit. Nak cakap dengan orang pun kadang susah tapi tu semua kejap je. Nanti bila dah berbulan pakai awak dah biasa dengan braces ni & makan je apa benda yang awak nak.
Last but not least, bila dah pakai braces ni kena rajin gosok gigi ya! After makan kena gosok if not cavity datang menyerang di sebalik wire-wire besi anda. Tak manis jadinya nanti. Setiap 6 bulan biasanya doktor akan buka wire braces untuk cuci gigi kita. Yang best pakai braces ni sebab dia ada berus gigi khas & I like it! Senang nak gosok gigi. Ada 2 jenis berus gigi untuk pemakai braces + wax (gambar uolsss boleh search sendiri dekat mr.google) untuk elak besi gigi dari mencederakan mulut kita. Biasanya masa mula pakai memang akan ada banyak ulcer kat tepi mulut hmm sampai rasa susah nak cakap sebab pedih. Orang yang pakai braces ni pun ada pantang larang dia jugak tau. Antaranya, elakkan makan ais batu / gigit ais sebab nanti boleh menyebabkan bracket braces rosak. Makan chewing gum pun tak boleh uolsss, nak makan buah kena make sure dia dah dipotong baru senang nak makan. No nuts, no popcorn, no hard candy, no picking, no crunchy food etc. Haihhh memang banyak kita kena avoid! Makan kari or gulai yang pekat pun boleh menyebabkan braces kita tukar warna hahahaha sensitive betul. Tapi kadang aku pun belasah je, makan je apa yang kita nak sebab i love food so much! Kenot tahan! Hmm apa-apapun bagi sesiapa yang nak pakai braces I wish you all the best & good luck menempuh dugaan memakai braces selepas ini ;)
![]() |
Heyyy there! |
No comments:
Post a Comment